PERNIAGAAN KAMI

Perniagaan As Saff Rich

As Saff Rich merupakan wakil agensi kepada Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad yang merupakan anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.

Kami menyediakan produk keluarga dan takaful am yang komprehensif. Saluran pengedarannya terdiri daripada ejen yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan terlatih.

Kami mempunyai hampir 3,000 pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 100 orang ejen berdaftar sepenuh dan separuh masa.

Bagi perkembangan perniagaan perlindungan kewangan Islam, As Saff Rich sedang mengatur beberapa strategi dan usahasama bagi meningkatkan ilmu pengetahuan ejen-ejen dalam aspek perundingan kewangan Islam secara holistik.

Menyediakan khidmat nasihat berkenaan perlidungan pendapatan (Income protection) supaya kesediaan apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.

Bercirikan nilai tunai yang boleh dibuat pengeluaran pada waktu tertentu , boleh menenangkan hati pencarum.

Ia juga satu alternatif bagi menambahkan diversifikasi dalam portfolio simpanan persaraan.

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang perlindungan terhadap aset-aset yang ada samada berbentuk aset tetap atau aset tidak tetap.

Aset seperti rumah dan kenderaan yang dimiliki seharusnya dilindungi daripada tidak ketentuan seperti kemalangan, kecurian dan kejadian alam seperti banjir, gempa bumi.

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang perlindungan bagi liabiliti atau hutang-hutang yang nyata

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang perlindungan kos perubatan dan medikal

Tidak dinafikan di zaman moden dan canggih, kita terdedah dengan keadaan penyakit yang tidak menentu dan risiko yang tidak dijangka.

Kos medikal yang meningkat, menjadikan penyediaan pelan perlindungan kesihatan merupakan satu keperluan asas yang tidak dinafikan lagi.

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang perlindungan perniagaan dari segi aset-aset, pekerja, stok barangan dan hutang perniagaan 

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang pelan persaraan tambahan dalam bentuk pelaburan jangka masa panjang beserta perlindungan kepada diri dan waris

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang pengurusan harta pusaka dan hibah

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang pelan pendidikan anak-anak.

Salah satu mekanisme simpanan pendidikan ialah takaful pendidikan yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi . Anak anda akan disediakan dengan manfaat kewangan jika anda ditimpa tragedi yang dilindungi di bawah pelan berkenaan. Ini lah perbezaan diantara simpanan pendidikan takaful dengan simpanan pendidikan yang lain.

Menyediakan khidmat nasihat dalam merancang pelbagai perlindungan tambahan seperti kenderaan, pelan perjalanan , kemalangan diri, berkelompok dan lain-lain.

Pelbagai pelan ditawarkan mengikut nilai dan kadar aset semasa.

Copy link
Powered by Social Snap